Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Khamis, Januari 29, 2009

Tujuh Kisah Ganjil

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini mari kita ikuti kisah 7 perkara ganjil yang diceritakan kembali oleh Pahrol Mohd Juoi

Seorang penggali kubur berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad.Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,". " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.


" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

p/s : Fitrah dalam erti kejadian asal insan sebagaimana asalnya sebagaimana yang terkandung dalam maksud hadith "Setiap orang bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah yang suci bersih; kedua ibu bapanyalah yang menjadikan dia yahudi ... (dan seterusnya)"

Dan dalam erti sebagaimana yang terkandung dalam ayat yang bermaksud: "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada ugama Allah (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah ar-Rum: Ayat 30).

Karya asal di www.mindataqwa.blogspot.com

Rahsia kelebihan Solat Tahajud

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.. Pada paras alfa, frekuensi otak berada dalam lingkugan 7 hingga 14 kitaran persaat. Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif. Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara 'sedar dengan lena'. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi.

Paras alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi

Paras ini adalah sepertimana anda hampir-hampir hendak tertidur. Malangnya anda tidak dapat kekalkan keadaan ini. Hanya waktu yang singkat sahaja anda berada pada paras alfa ,lalu anda tertidur.Ini berlaku secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, paras alpha boleh dicapai dengan menurunkan secara sengaja frekuensi otak ke tahap yang lebih rendah daripada keadaan sedar.

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, 'Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit dunia. setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, 'Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni?'"

Salah satu caranya ialah dengan anda melakukan qiaimulail. Pada ketika ini apabila anda bangun tidur terutamanya pada pertengahan malam, otak anda dalam keadaan hening dan tenang. Paras kortisol amat rendah pada waktu ini.

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
(SUrah Huud:114)

Anda sebenarnya masih dalam keadaan yang mengantuk seperti mahu tidur lagi.Apabila anda melaksanakan solat tahajud misalnya, anda seperti hendak tertidur tetapi masih dalam keadaan berjaga.Pada ketika ini anda sebenarnya berada pada pertengahan antara sedar dan lena yang mana anda sebenarnya pada pada tahap frekuensi alpha . BIla anda dengan sengaja melakukan solat tahajud, anda dapat berada lebih lama dalam keadaan alpha.

Inilah salah satu rahsia kehebatan solat tahajud pada ketika kita melakukan qiaimulail.Begitu juga dengan amalan-amalan berzikir,membaca alquraan, muhasabah diri dan beristiqfar pada melakukan ibadah qiaimulail pada pertengahan malam adalah merupakan aktiviti yang mana meletakkan anda pada tahap paras alpha.


وَبِاللَّيْلِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan?
Ash-Shaaffat (37)

Pada tahap ini kesedaran dan fokus anda anda begitu tinggi hinggakan emosi anda akan lebih jelas iaitu seperti apabila anda mengenangkan dosa-dosa dan takut kepada azab Allah , hati anda akan mudah tersentuh dan anda benar-benar dapat merasakan kehebatan,kebesaran dan keagungan Allah. Mata hati anda akan menjadi terang supaya anda benar-benar bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bekalan untuk menghadapi kematian anda pada bila-bila masa .

Karya asal di http://mindataqwa.blogspot.com

Khamis, Januari 15, 2009

Azan berkumandang 24 Jam Sehari

Oleh Rohana Mustaffa

Assalamu'alaikum & salam sejahtera..Sepertimana kita tidak terbayang bagaimana mungkin matahari terbit dari Barat, bagi masyarakat Islam tidak pernah mereka terbayang bahawa Azan, atau panggilan melakukan solat lima kali sehari, suatu hari nanti tidak lagi dilaungkan.

Panggilan solat berirama itu sudah mendarah daging dengan masyarakat Islam dan diamalkan di mana sahaja terdapat penduduk Islam di seluruh dunia.

Dari segi bahasa, Azan bermaksud al-ilam (pemberitahuan) atau an-nida (seruan) dan hukumnya ialah sunat muakkad. Melaungkan Azan merupakan fardu kifayah bagi sesuatu kumpulan dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua anggota kumpulan itu.

Bagi individu pula ia merupakan sunat aini iaitu pahala sunat akan diperoleh oleh seseorang itu yang melakukannya.

SEJARAH AZAN

Terjemahan Azan secara harfiah: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Aku bersaksi bahawa Muhammad Pesuruh Allah, Marilah mengerjakan solah, Marilah menuju kejayaan, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah.

Maksud kalimah-kalimah ini mengikut ulama adalah lebih luas daripada tujuh lautan tetapi secara ringkas ialah bahawa Allah mengatasi segala-galanya dan bahawa Tuhan hanyalah satu dan Muhammad adalah rasulnya. Lakukanlah solat untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Bahawa Allah adalah di atas segala ciptaanNya dan bahawa Allah hanya satu.

Dari segi sejarahnya, dikisahkan Azan mula diamalkan pada tahun pertama hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah pada abad ketujuh Masehi.

Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.

Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.

Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat

Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.

Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat "telah datang waktu solat" dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada "assolatu jamiaah" yang bererti "Marilah solat berjemaah".

Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya...)

Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: "Mimpi itu mimpi yang benar", maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu.

Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.

Begitu juga Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w. dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram -- pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz "as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik daripada tidur).

Selain untuk tujuan sembahyang, Azan sunat diamalkan untuk dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir atau suatu ketika dulu sebagai isyarat untuk memaklumkan kepada umat Islam waktu mudarat atau bahaya seperti bencana alam, kebakaran dan perang.

FENOMENA AZAN

Namun yang menarik perhatian ialah keajaiban yang banyak dibincangkan termasuk di Internet bahawa Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.

Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.

Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya.

Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.

Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula.

Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu.

Ahad, Januari 11, 2009

Petua Al-Imam As-Syafie

Assalamu'alaikum & salam sejahtera..

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

EMPAT CARA TIDUR

A. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

B. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

C. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

D. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



LIMA MACAM DOSA yang tidak ada tebusannya iaitu;
- SYIRIK terhadap Allah s.w.t
- MEMBUNUH orang tanpa hak
- membuat TUDUHAN PALSU terhadap seorang Muslim
- LARI DARI BARISAN Muslimin dalam PEPERANGAN
- SUMPAH PALSU untuk MENGAMBIL HAK ORANG LAIN

(Riwayat Ahmad)

Khamis, Januari 01, 2009

boikot ISRAEL!!!

Assalamu'alaikum & salam sejahtera..Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

200 orang Palestin terbunuh akibat serangan terbaru Israel, ratusan mayat anak-anak dan orang awam berkelimpangan dijalan-jalan di kawasan terkepung Gaza, jajahan zionis laknatullah...

Masihkah anda mampu menjamah hanyirnya darah-darah ayam goreng dan meredhai wang anda membiayai pembunuhan tersebut..? ?

CELAKALAH ANDA !!
Jika anda melakukan dengan sedar dan tidak merasai apa-apa...

Jika lantaran kejahilanmu meratah garingnya kulit hanyir hasil usahawan laknatullah itu, biarlah hari ini menjadi kali terakhir sumbangan anda sampai kepada pembunuh kanak-kanak itu...

Jika anda masih jahil dan terus bergelumang dengan musuh Allah dan kemanusiaan itu, ketahuilah Allah lansung tidak hajatkan duit dan keujudan anda, sehinggalah anda meratapi dan bertaubat....

Jauhilah semua perniagaan dan produk-produk zionis laknatullah..

Seboleh mungkin elakkan bekerjasama dengan penyambung nasafnya, amerika yang dicucuk hidung !!

Gagal amerika, gagallah zionis..!!!

Senarai barangan zionis
http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

Tunjuk perasaan anti Israel diadakan di banyak negara seperti Indonesia, Venezuela, Turki dan sebagainya. Di Malayisa? mana boleh buat demontrasi jalanan nanti digelar berukrasi oleh Musa Hassan pulak. Jadi cukuplah kita boikot produk Israel dan mana-mana produk yang menyokong Israel!

Rabu, Disember 31, 2008

Pengajaran di sebalik Hijrah Rasulullah SAW

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.. Tanggal 1 Muharram merupakan detik yang bersejarah buat umat Islam keseluruhannya. Tarikh tersebut merupakan hari pertama dalam perkiraan tahun hijrah buat umat Islam. Menyingkap kembali sejarah peristiwa hijrah Rasul dan para sahabat, terkandung di dalamnya pengajaran dan hikmah buat perkembangan Islam itu sendiri. Peristiwa ini juga telah menyaksikan pengorbanan para sahabat yang cinta mereka tidak berbelah bahagi terhadap Rasulullah SAW.

Antaranya keberanian Saidina Ali r.a yang sanggup menggantikan Rasullullah SAW di tempat tidur baginda walaupun pada ketika itu orang-orang kafir Quraisy sedang berkawal di luar rumah bagi menangkap Rasullah SAW. Kesanggupan Saidina Ali menempa maut di tangan orang kafir Quraisy dengan menggantikan Rasullullah di tempat tidur baginda bagi menjayakan perancangan hijrah Rasulullah SAW menjadi bukti kecintaan beliau yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah.

Peristiwa pengorbanan Saidina Ali ini merupakan secebis daripada peristiwa pengorbanan para sahabat. Banyak lagi kisah pengorbananan yang telah dilakukan oleh para sahabat demi Rasulullah yang tercinta. Begitulah para sahabat nabi yang cinta mereka bukan sekadar bermain di bibir bahkan dibuktikan melalui perbuatan dan tindakan mereka.

Berbicara tentang Hijrah Rasul, sebenarnya kita sedang membicarakan tentang sejarah. Apabila berbicara tentang sejarah, kita harus sedar bahawa sejarah sebenarnya merupakan bicara Allah kepada hamba-hambanya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi mampu disedari melalui mata hati. Dengan erti kata lain peristiwa hijrah ini mengandungi hikmah yang harus diterokai sebagai pedoman buat generasi seterusnya. Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara secara sia-sia.

Persoalannya, adakah kita generasi kini menyedari hikamah dan pengajaran yang tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam hijrah Nabi sebagai pedoman dalam kehidupan kita? Saban tahun kita meraikan sambutan 'Maal Hijrah', namun apakah ianya merupakan sambutan semata-mata? Apakah yang kita fahami tentang hijrah? Adakah hijrah sekadar perpindahan yang berbentuk fizikal semata-mata?

Persoalan ini harus kita rungkaikan supaya hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dapat difahami dan dihayati. Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah." (Hadis riwayat Abu Dawud)

Hijrah bermaksud meninggalkan larangan Allah

Daripada kenyataan ini dapatlah kita fahami bahawa hijrah bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata tetapi hijrah juga ialah perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Hijrah Rasulullah S.A.W memberi iktibar kepada kita mengenai fungsi dan peranan kita sebagai umat Islam tidak terhenti setakat ibadat khusus semata-mata. Lebih luas daripada itu peranan kita adalah sebagai khalifah Allah di muka bumi. Di antara tugas-tugas sebagai khalifah adalah seperti yang dijelaskan oleh Al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sultaniah iaitu menjaga agama dan mentadbir dunia.

Dua perkara ini tidak mampu direalisasikan tanpa semangat jihad dalam diri kita. Jihad merupakan pengorabanan dari pelbagai aspek demi memastikan tertegaknya Islam di muka bumi ini. Melawan nafsu juga merupakan suatu jihad. Namun dalam konteks hari ini, semangat jihad sudah kian hilang di hati umat Islam. Umat Islam hari ini lebih mementingkan nafsu daripada kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Umat Islam sesama sendiri berkelahi kerana pangkat, harta dan wanita. Adakalanya umat Islam sendiri sanggup berkomplot dengan golongan kuffar demi kepentingan tertentu. Sekiranya inilah perangai kita, apakah kita layak digelar sebagai khalifah Allah.?

Marilah kita mencontohi para sahabat yang sanggup berkorban demi kepentingan Islam. Sesungguhnya Hirah tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa jihad, perpaduan dan kecintaan terhadap Allah. Apa maknanya kita menyambut sambutan Maal Hijrah jika kita semakin jauh dengan Islam? Apakah ertinya kita menghayati sambutan Maal Hijrah. jika jihad masih disalah anggap dan menjadi satu istilah yang amat menakutkan. Apalah gunanya sambutan Maal Hijrah yang kita sambut jika perubahan yang ada hanyalah menunjukkan umat Islam bertambah lemah dan menjadi mangsa penindasan barat malah terus dihina dan dicerca dengan tuduhan sebagai pengganas dan pemecah-belah.

Seharusnya peristiwa hijrah telah mengajar kita bahawa perpaduan amat penting dalam kita membangunkan sesebuah negara. Cuba kita renungkan kembali bagaimana perpaduan yang telah terjalin anatara kaum Muhajirin dan Ansar di bawah bumbung Islam telah berjaya mambentuk khilafah Islamiyah. Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang menyaksikan bangsa, kaum dan etnik, maka amat wajar umat Islam di Malaysia mempamerkan semangat toleransi dan kasih sayang selari dengan ajaran Islam yang amat menitik beratkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah.

Peristiwa hijrah juga memperlihatkan kepada kita komitmen Rasulullah sebagai seorang pemimpin dalam memastikan tertegaknya ummah yang beriman, bertaqwa, bersatu padu dan hormat menghormati, baik sesama mereka mahu pun orang bukan muslim. Inilah sikap yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin.

Seorang pemimpin tidak sekadar membangunkan masyarakatnya dari sudut fizikal dan material semata-mata bahkan turut membangunkan jiwa masyarakatnya dengan mendekatkan mereka kepad Allah SWT. Sejarah telah mengajarkan kepada kita bagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu di saat kegemilangan tamadun Islam adalah pemimpin yang menghormati golongan ulama dan sentiasa meminta nasihat daripada mereka sama ada urusan negara mahupun peribadi. Hal ini kerana golongan ulama merupakan golongan yang arif berkenaan soal agama, justeru demi memastikan pimpinan mereka tidak terkeluar dari landasan Islam, pemimpin-pemimpin tersebut sentiasa memastikan golongan ulama sentiasa di sisi mereka.

Sesungguhnya di sebalik peristiwa hijrah terkandung pelbagai lagi iktibar dan pengajaran yang dapat kita perolehi. Soalnya lagi sejauh mana kita benar-benar menghayati sambutan maal hijrah dalam memberikan kesan yang positif terhadap diri kita? Hijrah menuntut perubahan dari segala aspek ke arah kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam. Marilah sama-sama kita menjadi mereka yang beruntung.- azm

( Penulis adalah Najib Afif Arip , pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Univesiti Sains Islam Malaysia (USIM) )

Ahad, Disember 21, 2008

Jangan sambut 1 Januari (New Year)

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.. Dibawah ini adalah intipati Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin yang sempat disalin. Antaranya, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang : UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka.

Contoh terdekat, tengok saja di sekeliling kita ... Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka

21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDomini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai " ... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. " Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.

Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan ulama2 masa kini bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah. Wallahualam.


Artikel asal di www.isuhangat.blogspot.com

Isnin, Disember 15, 2008

Mari tukar ke Celcom..

Assalamu'alaikum & salam sejahtera..kenapa kita mesti TUKAR dari MAXIS ke CELCOM?

-1-
Maxis dimiliki oleh Ananda Krishan yang bertopengkan Tun Hanif Omar sebagai Pengerusi Binariang.

-2-
Pemilik Maxis, Ananda Krishnan, dikenalpasti menyumbang 10% keuntungan tahunan syarikat kepada Persatuan Hindu Sangam Malaysia(PHSM). PHSM adalah antara penggerak utama Inter Faith Commission(IFC). Dan Ananda juga penyumbang patung berhala emas di Batu Caves sekarang ni.

-3-
Pemilikan syarikat Maxis adalah sekadar proksi dengan nama Ananda Krishnan. Kita tidak tahu siapakah nama-nama yang diproksikan oleh beliau. Mungkin nama-nama yg diproksikan itu salah seorangnya yang melakukan sumbangan tersebut. Sumbangan-sumbangan seperti ini adalah biasa bagi syarikat-syarikat besar. Adalah tidak hairan jika Ananda Krishnan mahukan sumbangan itu kepada sesuatu yang berkaitan dengan beliau. Tapi kita akan hairan kalau dia hendak menyumbang kepada persatuan-persatuan ISLAM atau NGO muslim.

-4-
Celcom sekarang telah mendapat CEO baru iaitu Dato' Shazali.
Saya tidak kenal beliau dengan rapat tetapi saya rasa sejak die menjadi CEO,Celcom telah mengorak langkah untuk mendapat higher subsriber base dengan marketing yang aggresif. Oleh itu marilah kita beri sokongan. Lagipun, atleast die ni orang MELAYU & ISLAM..rather than bagi sokongan pada orang KAFIR!!

-5-
Dibawah Maxis, terdapat ASTRO, syarikat televisyen berbayar utama negara. Dan salah satu program di ASTRO adalah Akademi Fantasia,yang telah banyak melakukan kerosakan minda terhadap anak-anak orang Islam. AKADEMI FANTASIA?!?!? Huh, saya tanpa ragu-ragu menyatakan ini adalah agen perosak minda umat Islam lebih-lebih lagi melayu. Berapa banyak masa orang melayu dihabiskan berborak mengenai Mawi, Vince, Zahid dll?

Ya, memang benar AF di bawah ASTRO dan dibawah MAXIS. Itu sahaja alasan untuk memboikot? Siapa yang mendominasi jumlah sms yang dihantar? Tidakkah terfikir, dengan kurangnya sms yang dihantar untuk AF maka kurang juga jumlah 10% yang hendak disumbangkan itu?

-6-
kita semua kan dah tau, Maxis selalu taja program camner? HEDONISME semua-smua tu kannn. Kalo kita imbas balik masa tsunami ari tu, pelbagai cara menderma melalui sms tapi tak de satu iklan pun dari maxis.. kalo dari sykt telekomunikasi, yang ada juz dari Telekom, Celcom dan DG..

-7-
There is more important! Teknologi yang digunakan oleh Maxis ialah GSM900. GSM900 mempunyai kelemahan di mana "network capacity" of GSM900 is not that high. GSM 900 base station theoretically can reach a radius of 25 km, but within the 25km you have so many subscribers that you get network congestion. It is a technical limitation that if the base station limit is reached (meaning a certain number of users are in a conversation) the rest cant go through. Celcom pulak menggunakan GSM1800 (selepas merge dengan TM Touch) yang merupakan system yang lebih maju dibandingkan dengan GSM900. Ia adalah teknologi yang di keluarkan atau di cipta kerana GSM900 mempunyai limitasi teknikal seperti yang diterangkan di atas. Oleh kerana GSM 1800 beroperasi di frequensi tinggi iaitu 1800MHz bebanding dengan GSM900 (900MHz) maka base station coverage adalah rendah iaitu lebih kurang 5 km. (paham ke tak nih?)

-8-
Maxis lazimnya memberikan kerja kepada orang Tamil/Hindu.Ini adalah fakta dan bukannya cerita yang saya reka. Tak percaya tanya orang yang kerja Maxis. Saya mempunyai kawan di sana dan pernah pergi interview di Maxis dan ini adalah pemantauan saya.Celcom lazimnya memberikan kerja kepada orang Melayu/Islam & fundamentalnya Celcom employs Malays/Muslims.

-9-
Dengan Celcom, ade 8pax. boleh isi 8 nombo pilihan... yang paling best, boleh aktifkan no phone umah ke dalam 8pax nie saye gune celcom untuk tepon umah.. berhubung lame pun tak pe sbb murah..walaupun Maxis plak ade activ10..boleh isi 10 nombo pilihan, tapi takleh letak no rumah..boleh letak nombo maxis ja... kalau gune maxis untuk tepon umah,tersgtla mahal..ngabihkan boreh ja!

-10-
maxis kan perabih duit pengguna dia, baru ni maxis jadi sponsor utama kpd anugerah hiburan, i.e Anugerah Seri Angkasa RTM... tahniah kerana menjadi penaja kpd anugerah yg tak bermanfaat tu... cam hampeh je pemenang dia. nk bangga apa sangat bleh sponsor berjuta-juta pun...kita sebagai rakyat dan user ni dapat apa?? apa pun takda untung..think about it...duit sponsor juta2 tu pun rembat duit kita gak... berbanding dengan Celcom, ada jugak saye tgk celcom taja sukan, forum ilmiah i.e saye tgk iklan tv baru2 ni, celcom advantage, seni mempertahankan diri utk wanita... bagus la jugak...nampak ler professional sket!

-11-
maxis dah untung lebih tapi habuk takde. hm.. saye rase celcom dan digi lagi bermurah hati berbanding maxis nie... pengguna prepaid celcom yg recaj >RM50 setiap kali akan dpat bonus airtime...

tempoh pakai nombor (kadar bonus)
================================
4 - 5 bulan (5% )
6 - 11 bulan (8% )
> 12 bulan (10% !!)

prepaid Digi pun ada gak kadar bonus yg mcm nie... mcm Hotlink, dia x bagi bonus.. tapi kebelakangan nie Hotlink dah buat satu kadar rata siang malam nationwide utk call to sumer no. maxis (012/017)..call to other networks flat rate gak tapi ikut kawasan... so, camner?korang still nak stay and go on with MAXIS???

Fikirlah masak-masak ye kawan...bukan ape, kite same2 Islam... fikirlah sikit demi kepentingan ISLAM!!! kate nak berjuang untuk ISLAM... tp, takkan nak berhijrah dari MAXIS ke CELCOM pon takleh buat!! sape lagi yang boleh majukan ISLAM kalau bukan kite?

macamne nak tegakkan ISLAM kalau kite sendiri duk sokong orang kapir n tak support orang Islam sendiri?!?! memang le diakui even Celcom tu takde la 100% bersih n suci..lagi2 bile dah masuk marketting nie tapi at least fikirlah n nilailah as we are a muslim, right? saye tau, yg jadik masalah sekarang sebab korang pikir gini kann...

"aku tukar ni kang, payah dah la nak msg ngan member2... depa sumer maxis. Mahal beb, 1 message 15sen!"

Actually, Kalau kite pakat hijrah dari maxis ke celcom ramai2, takkan timbul masalah pun... celcom ke celcom pun 5sen gak..ade 8pax lagi... bile dah tuka tu, ajak la member2 korang tu sumer tukar! Lagi satu, kan skrg nie sdh ada cara kita nak btukar operator tu dengan mengekalkan nombor sedia ada.. Celcom ada, DIGI pun ada. Maxis sekarang pun sudah semakin slow..

Sebarkan info flyers nih...bagi diorang tau maklumat nie... kate nak buat amar makruf & nahi mungkar...ha! ape ditunggu lagi??

Sampaikan maklumat yang boleh selamatkan saudara2 seISLAM kite daripade terus sumbangkan duit kat kafir laknatullah tu ape lagi, bagi yg takde duit sgt tu, dapat jer PTPTN @ KPM, beli ler simcard CELCOM daripade beli topup Maxis...harge simcard n harge topup tu pun lebih kurang je... bukannyer susah pon... tinggal nak ngan taknak jer....kate orang, `hendak 1000 daye, taknak 1000 dalih" ntahla...membebel panjang2 pun tak gune jugak...korang sume dah besa, ade akal pikiran, "Tepuk dada, tanya hati, di mana IMAN..." saye nak ingatkan, FIKIRLAH UNTUK ISLAM ! ! !

p/s : CREDIT buat sesapa-ntah yg hantar emel kt aku aritu..

Jumaat, Disember 12, 2008

Keputusan Seminar The Five Gospels Buktikan INJIL Karangan Manusia

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.. Dalam seminar The Five Gospels-What Did Jesus Really Say? The Search For The Authentic Words of Jesus, mengenai Injil Yohanes pasal 1 ayat 1 dan 14, dalam buku The Five Gospels yang diterbitkan oleh Harper San Fransisco, yang dikomentari oleh Robert W. Funk dan Roy W. Hoover, ternyata ayat-ayat tersebut tidak masuk dalam kategori ucapan Yesus yang diseminarkan.

Injil yang diakui di Indonesia ada empat yaitu Injil Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Di Amerika sekitar tahun 1993, di kota Sanoma CaIifornia, disponsori oleh Westar Instituie, Injil itu diseminarkan oleh sekitar 76 orang ahli dari berbagai kalangan, seperti guru besar dari berbagai universitas terkenal didunia, para ahli ilmu theologi dari Katolik dan Protestan, ahli kitab suci, ahli bahasa Ibrani dll yang semuanya tidak ada orang Islam. Injil yang diseminarkan ada lima yaitu Injil Matius Markus, Lukas, Yohanes dan Injil Thomas. Ke lima Injil yang bernama "The Five Gospels" diseminarkan dalam rangka mengklasifikasikan sabda Yesus. Makanya dalam cover The Five Gospels tersebut tertulis What Did Jesus Really Say? The Search For The Authentic Words of Jesus. (Apa yang benar-benar Yesus ucapkan? Mencari ucapan asli dari Yesus).

Dalam kitab The Five Gospels tersebut, semua ucapan atau sabda Yesus, dicetak berwarna. Ada empat warna yang disepakati, yaitu merah (RED), merah muda (PINK), kelabu (GRAY) dan hitam bolt (BLACK).

Ada tiga option (pilihan) yang disepakati untuk menentukan derajat kebenaran sabda / ucapan Yesus, yaitu :

Option 1
** Red : I would include this item unequivocally in the database for determining who Jesus was.
** Pink : I would include this item with reservations (or modifications) in the database.
** Gray : I would not include this item in the database, but I might make use of some of the content in determining who Jesus was.
** Black : I would not include this item in the primary database.

Option 2
** Red : Jesus undoubtedly said this or something very like it.
** Pink : Jesus probably said something like this.
** Gray : Jesus did not say this, but they ideas contained in it are close to his own.
** Black : Jesus did not say this, it represents the perspective or content of a later or different tradtion.

Option 3
** Red : That`s Jesus !
** Pink : Sure sounds like Jesus. ** Gray : Well, maybe.
** Black : There`s been some mistake.

Dari hasil seminar, ternyata Injil Yoha¬nes pasal 1 ayat 1 & 14 tidak masuk kategori yang dinilai atau yang diseminar-kan, sebab ayat-ayat tersebut dianggap bukan sabda atau ucapan Yesus. Ayat itu hanyalah ucapan Yohanes saja! Dan ayat tersebut tidak masuk dalam kategori RED, PINK, GRAY & BLACK.
Hasil akhir dari penelitian dalam seminar yang dilakukan oleh 76 ahli dari berbagai kalangan, menyatakan sebagai berikut :
"Eighty-two percent of the words ascribed to Jesus in the gospels were not actually spoken by him, according to the Jesus Seminar."
"Delapan puluh dua persen kata-kata yang dianggap berasal dari Yesus di dalam Injil, tidaklah benar-benar diucapkan olehnya, menurut Seminar Yesus."
Pernyataan 76 (tujuh puluh enam) ahli dari berbagai kalangan dari seluruh dunia dalam Seminar tentang Yesus, sungguh mengejutkan dunia, khususnya dikalangan kaum Kristiani, sebab kalau 82% (delapan puluh dua persen) isi Injil bukan benar¬benar diucapkan Yesus, berarti hanya 18% (delapan belas persen) saja isi Injil yang dianggap ucapan Yesus. Ternyata Yoh 1:1 & 14 yang jadi acuan bahwa Yesus 100% Tuhan dan 100% manusia, menurut 76 ahli tersebut, bukan ucapan Yesus, tapi hanya pendapat penulis Injil itu saja, yaitu Yohanes. Padahal para perseta Seminar Yesus tersebut, tidak ada satupun orang Islam, dan tidak satupun berasal dari lndonesia.
Lebih ironis lagi, dari semua Injil-Injil yang diseminarkan tersebut, Injil Yohanes termasuk yang hampir 100% dianggap bukan ucapan Yesus.
Hasilnya sungguh mengejutkan, dari 4 (empat) kategori, tidak ada satu ayatpun dalam seluruh Injil Yohanes yang dicetak hurup Red. Hurup Pink saja hanya ada 1 (satu), hurup Grey hanya ada 4 (empat) ayat saja, selebihnya Black.

Perincian khusus Injil Yohanes sebagai berikut:
RED : (That is Jesus!), tidak satu ayat pun yang dicetak merah, berarti tidak ada satu ayatpun yang dianggap benar-benar ucapan Yesus.
PINK : (Sure sounds like Jesus), hanya ada satu ayat saja yaitu Yoh 4:43.
GRAY : (Well, maybe), hanya ada 4 (empat) ayat saja, yaitu pada Yoh 12 ayat 24, 25, 26 dan Yoh 13 ayat 20.
BLACK : (Jesus did not say this There's been some mistake!) selebihnya bukan ucaan Yesus!

Bayangkan saja, Injil Yohanes terdiri dari 21 pasal, 878 ayat dan 19099 kata. Kalau RED tidak ada, PINK hanya 1 ayat, GRAY 4 ayat, berarti sisanya BLACK (bukan ucapan Yesus) ada 873 ayat.

Pada kalimat2 yg dicetak hitam tebal diatas klo anda msh kurang percaya silahkan cari referensinya dimanapun yg anda sukai. bisa cari di internet, perpustakaan kristologi di negara manapun atau cari dimanapun terserah
klo blm paham jg mmg bener2 otak batu ...


Dipetik dari: Artikel Seminat The Five Gospels-What Did Jesus Really Say? The Search For The Authentic Words of Jesus.