Assalamu'alaikum & salam sejahtera..
SITUASI 1
“Eh, seluar siapa ni? Saya menyoal isteri.
“Seluar sekolah Ebi.” isteri menjawab ringkas.
Saya melihat track-bottom yang dipakai itu dengan lebih teliti dan bertanya, “Mesti Ebi tak suka seluar ni kan?”
“Haah. Dia tak suka. Sebab tu dia tak mahu pakai.”
Itulah antara intipati ringkas perbualan saya dan isteri pada satu pagi.
Saya masih ingat lagi saya dulu pun, lebih-lebih lagi bila dah masuk sekolah menengah, antara yang tidak berapa nak suka baju sukan sekolah dan track-bottom sekolah. Kalau beli pun cuma satu pasang. Melengkapkan syarat sekolah. Iyelah, dah la pengawas, nanti masa hari sukan sekolah saya tak pakai ikut standard, payah jugak. Kawan-kawan pun begitu. Tapi rasa tak puas hati tu takdelah diterjemahkan kepada demonstrasi dan bantahan rasmi kepada pihak sekolah. Cuma cakap-cakap belakang sahaja.
Apa yang pasti baju sukan sekolah tu selalunya pakai untuk bermain di padang, atau buat tidur, kalau balik kampung pula sekadar pakai di rumah sahaja dan kerja-kerja kebun. Tiadalah berhasrat untuk berbangga sangat keluar ke pekan di kampung dengan baju sukan sekolah tu. Apatah lagi nak digunakan untuk dibuat berziarah di hari raya semacam memakai jersi pasukan bola EPL, atau La Liga pilihan masing-masing.
Kalau track bottom pula, nama sahaja saiz L, tapi macam saiz XXL. Saiz nya pelik sedikit. Tapi dah terbeli, nak buat macam mana. Stok yang mempunyai saiz sesuai dah habis. Tinggal yang bersaiz besar sahaja yang tiada siapa boleh pakai sahaja. Pembaziran. Kalau nak yang lebih elok, kena lah tunggu tahun depan bila stok baru sampai dan kenalah berbuat baik dengan budak koperasi (orang dalam) untuk mintak dia tolong simpankan saiz yang sesuai untuk kita.
Ada pula yang buat seluar seteng, separas betis atau lebih pendek lagi dan tidak menutup aurat serta ada yang suka alter bahagian bawah seluar biar bagi lebih selesa. Dan saya pun dah tiada menyimpan baju sukan sekolah dan track bottom ini lagi.
Saya juga dapati di asrama sekolah dulu, kawan-kawan ni tak berapa nak kisah kalau baju sukan dan khususnya track bottom mereka ni jatuh ampaian dan seterusnya hilang apabila dikutip oleh makcik cleaner atau semasa hari gotong royong asrama. Kalau mereka kisah, tentulah mereka dah cepat-cepat kutip pakaian yang terjatuh. Ini saya dan rakan pengawas lain pula yang terpaksa menguruskan pembaziran pakaian sebegini.
Barangkali mereka tahu, kalau hilang tahun ini, khususnya lepas sukan sekolah, tahun depan boleh mintak lagi duit kepada ibu bapa. Benda wajib, takkan ibu bapa nak tolak permintaan si anak atas urusan sekolah?
Bila dah buat seluar seteng pula, kami para pengawas juga yang diminta oleh pihak sekolah untuk mengambil tindakan terhadap pelajar sebegitu. Untuk pengetahuan anda, seluar seteng ini seluar yang dipendekkan dan sekolah saya tidak membenarkan seluar pendek dipakai sesuka hati seperti di sesetengah sekolah.
Selain daripada itu, wujud juga satu tradisi di sekolah yang tidak perlu, yang hari ini baru saya perasan yang ia sebenarnya adalah satu tindakan protes yang terbentuk semulajadi terhadap sistem pasaran tertutup / penuh kawalan yang dikenakan terhadap pelajar sekolah dan asrama.
Tradisi tersebut adalah kami mula membuat jersi batch atau membuat baju batch yang tersendiri bila naik ke Tingkatan 3. Maksudnya, kalau mewakili sukan dalam acara sekolah, kami akan pakai jersi itu dahulu barulah jersi yang sekolah sediakan.
Untuk mereka yang dah senior pula, bila masa outing, ada yang tanggalkan baju batik dan mengenakan jersi / t-shirt batch masing-masing untuk berjalan-jalan di pekan. Dan , memang ramai sungguh yang suka memakainya. Dan saya masih menyimpan salah satu jersi batch itu sampai ke hari ini.
Kadang-kadang saya terfikir juga, tak boleh ke sekolah buat t-shirt khas, selain baju batik untuk outing? Takdelah nak wujud sangat kes pelanggaran undang-undang asrama sebab tak berpakaian batik dan kami pengawas pun takdelah nak perlu ikut operasi berkala pihak sekolah.
Pada waktu itu, puas hati sungguh rasanya bila ramai geng satu batch pakai baju / jersi yang sama. Ada yang menyimpan wang sendiri, gunakan duit biasiswa, meminta kepada mak bapak dan seterusnya. Sanggup bersusah payah ke kedai sukan mencari sample jersi dibawa balik untuk diundi di kalangan kawan-kawan.
Kalau balik kampung seronok betul pakai ke pekan. Sayang pula nak pakai bila tebas semak, tebang pokok pisang, sebab takut kotor. Tapi perasaan sebegitu tiada bila pakai baju sukan sekolah, track bottom sekolah. Biasa-biasa sahaja.
Hari ini baru saya tahu jawapannya, kenapa pelajar-pelajar sekolah saya dulu begitu, dan rasanya masih sama sehingga sekarang kerana sistem itu masih begitu.
Dari sudut ekonomi, perkara-perkara di atas terjadi seperti pembaziran, tiada sense-of-belonging terhadap apa yang sekolah sediakan, pertambahan perbelanjaan tidak perlu, pertambahan tugas pengawas dan sebagainya kerana pasaran tertutup atau pasaran yang dikawal oleh pihak berkuasa. Dan ia terjadi kerana perkara-perkara ini:
Isu Monopoli
Di sekolah, ada dua perkara yang berlaku monopoli besar. Atas pelbagai sebab, pasarannya tertutup dan terkawal. 2 monopoli itu adalah kantin dan koperasi sekolah. Selain faktor monopoli, kawalan terhadap pasaran pun berlaku menyebabkan para pelajar selalunya tiada pilihan selain menghadap dan menerima apa yang ada.
Makanan untuk kakitangan dan cikgu sahaja yang selalunya lebih sedap. Manakala koperasi sekolah adalah yang selalu menguruskan urusan baju sukan dan seluar sukan.
Biasalah, kalau ke kantin sekolah tu, alahai …
Koperasi pun, tidak banyak sangat pilihan.
Tapi kalau kantin sekolah tu dijadikan satu bazaar, dimana ada beberapa gerai macam di food court, barangkali kualiti akan lebih meningkat. Kerana wujudnya persaingan.
Dan sekiranya diwujudkan 2 koperasi, satu diuruskan seperti biasa dan satu lagi diuruskan sepenuhnya oleh pelajar dengan penyeliaan minimum cikgu, bukan sekadar baju sukan sekolah, mungkin pelajar tak perlu nak pergi ke kedai buku di pekan lagi untuk keperluan pembelajaran.
Pernah dengar cerita budak-budak berniaga di sekolah kena marah dengan makcik kantin kerana bawa bekal makanan dari rumah? Akibat takut persaingan dan kemampuan pelajar sekolah menyediakan tawaran produk yang lebih disukai, orang kantin gunakan kuasa pengetua untuk menghalang perniagaan mereka yang lebih kreatif.
Isu kawalan
Pentadbiran sekolah dan polisi kementerian barangkali mahu mewujudkan kesaksamaan (equality) dan keadilan sosial. Iyelah, dalam satu sekolah ada pelajar yang ayahnya diplomat, orang elit politik, penoreh getah, pemandu lori, pegawai bank hinggalah yang tidak beribu dan berayah.
Lalu mereka pun mewujudkan satu dasar yang perlu dipatuhi dalam hal ini. Harganya perlu begini. Bajunya perlu berwarna ini. Dan seterusnya.
Betul, hasrat tersebut baik. Tetapi para pelajar (market - pasaran) dalam diam sebenarnya memberontak dan protes. Baik dia anak diplomat, atau dia anak pemandu teksi. Dan dasar tersebut tidak menghalang pelajar yang “susah” untuk sama-sama berusaha membeli jersi / baju batch.
Ya, kami semua mendapat baju sukan yang sama, tetapi pelajar (pasaran) tetap berusaha memenuhi kehendak mereka sendiri dengan cara yang lain.
Justeru, kalau pelajar (pasaran) diberikan lebih banyak pilihan, bukankah pihak koperasi akan lebih untung dan pelajar pula lebih gembira?
Isu tender tertutup
Dalam koperasi sekolah, ada seorang cikgu yang mengetuai koperasi. Selalunya dialah yang menentukan siapa yang patut dapat kontrak menyediakan pakaian sukan. Kalau bukan dia, mungkin guru besar / pengetua sendiri.
Bukanlah cikgu koperasi ini jahat. Tidak. Tetapi dia bertuah sebab peraturan yang sedia ada. Mungkin kawan dia dapat kontrak. Adik-beradik. Atau suami / isterinya sendiri. Kalau satu sekolah ada 1000 pelajar, dapat untung RM 10 satu baju, sudah mudah-mudah boleh dapat RM 10,000 setahun.
Apabila sesuatu kontrak didapati dengan mudah, maka selalunya isu kualiti kain, design tidak diambil kira sangat. Janji siap. Janji ada. Janji cukup.
Tetapi sekiranya ada mekanisme yang membolehkan pelajar (pasaran) menentukan baju apa yang lebih menarik, maka kualiti dan design adalah lebih menarik dan cool. Ia menjadi lebih berkualiti dan kool kerana pelajar (pasaran) itu sendiri yang akan memakainya lebih dari yang menjual. Maka, para pelajar akan mendapat manfaat yang lebih baik.
Anda mungkin berkata, “Lebih baik sekolah menentukan sebab nanti pelajar design entah apa-apa. Hedonisme. Ada design unsur budaya barat.”
Tetapi di sekolah dulu, senior saya yang merupakan Ketua Badan Dakwah pun komplen isu ini. Dia antara orang pertama alter seluar sukan sekolah biar jadi lebih selesa. Baik budak berdisiplin, atau budak tidak berdisiplin, kedua kumpulan pelajar ini tetap tak berapa nak suka baju sukan sekolah dan track bottom yang dijual dahulu.
Memang ada pelajar yang suka dengan design baju sukan sekolah saya dulu. Tetapi lebih ramai yang tidak suka. Dan cantik itu subjektif. Dan biarlah suara majoriti pelajar (pasaran) yang tentukan.
Tapi bila kami buat jersi / baju batch dulu pun, walaupun ada kebebasan menentukan design, dan tiada kawalan sekolah langsung, takdelah sampai buat baju ada design tengkorak pun. Pelajar (pasaran) sendiri tahu apa yang terbaik untuk mereka.
Pasaran Terbuka boleh Membantu Mengatasi Masalah
Sekiranya sekolah, dan barangkali kementerian tidak terlalu menetapkan A,B,C dan seterusnya, barangkali dalam kes sekolah saya ini, pelajar akan lebih menghargai baju sukan sekolah yang mereka sendiri tentukan sendiri design dan kualiti kain, seterusnya isu pakaian terbiar di bawah ampaian (pembaziran), membuat seluar seteng yang mendedahkan aurat, pembaziran stok akibat saiz tidak betul boleh diatasi dengan lebih berkesan. Mungkin tradisi membuat jersi / baju batch yang memerlukan kami mengeluarkan duit lebih (perbelanjaan tidak perlu) lebih juga akan terhapus dengan sendirinya.
Barangkali ada yang berpendapat, isu pasaran terbuka baju sukan sekolah tidak sama dengan isu pasaran terkawal bagi gula, garam, minyak masak, susu, beras dan sebagainya. Baju sekolah ini bukan barangan asas yang menentukan hidup dan mati. Jadi, kerajaan perlu kawal juga pasaran barangan asas sebegini.
“Kau mahu ke harga beras dijual sampai RM 100 sekampit? Peniaga mesti suka kalau kerajaan tak kawal harga barangan asas sebegini.”
Tapi tuan-tuan jangan lupa, pasaran terbuka juga bermaksud tiada monopoli dan permit pengeluaran beras akan dibuka dengan lebih banyak. Bukan lagi dimonopoli oleh sesuatu pihak sahaja seperti Bernas. Dan dalam hal lain, dimonopoli oleh Streamyx (servis siput), SYABAS (paip hilang kena curi pun kena caj), TNB (tarif tinggi), RapidKL (pengangkutan hampeh) dan lain-lain.
Jadi, bila persaingan sesama peniaga telah dibuka, maka sekiranya saya seorang peniaga beras, sudah tentu saya akan fikir banyak kali sebelum menjual beras pada harga RM 100 sekampit. Ada cara lebih baik untuk menarik pelanggan dan seterusnya membuat lebih banyak untung selain dari menaikkan harga semata-mata.
Bukankah ramai dari rakyat Malaysia kini sudah menikmati kadar sms 1 sen malah ada yang percuma, hasil dari persaingan hebat dan terbuka antara Maxis, Celcom, Digi dan kini U-Mobile?
p/s : Adakah nilai 1 sms dahulu sama dengan nilai SMS sekarang?
Karya asal di www.pakdi.my
Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan
Jumaat, Januari 02, 2009
Jumaat, Disember 12, 2008
Hutang Sebagai 'Leverage' ?
Assalamu'alaikum & salam sejahtera..Hutang sebenarnya bukanlah sesuatu yang haram. Ia adalah satu perkara yang dibenarkan. Cumanya kalau sudah berhutang, kita wajib untuk membayarnya semula.
Hutang juga sebenarnya adalah satu 'leverage'. Ia bersifat 'double-edge-sword'. Kalau tak pandai guna, maka kita boleh mati … tertikam dekat dada sendiri.
Mereka yang tidak tahu, yang hutang ini sebenarnya adalah leverage yang boleh menikam diri mereka sendiri adalah mereka yang seperti ini …
Mereka berhutang cuma RM 5000 sahaja dengan kad kredit. Bercuti, beli baju, beli makanan, bayar petrol dan segalanya diswipe sahaja. Kad kredit tersebut mempunyai caj tahunan setinggi 18%. Dan mereka tidak mahu membayar hutang kad kredit tersebut secepat mungkin. Bayar caj minima dan tangguh menangguh.
Maka, hutang yang asalnya cuma RM 5000 itu, berganda dan terus berganda dan hingga tidak mampu dibayar lagi. Dan akhirnya mereka, bak seperti lagu Salih Yacob, gali gali gali gali gali gali lubang, lubang digali menggali lubang, untuk menutup lubang …
Manakala, mereka yang pandai guna 'leverage' dan tahu mengawal hutang dengan baik, adalah mereka yang seperti ini …
Contoh, segelintir daripada kita, mereka beli apartment berharga RM 100,000. Mereka meminjam dengan bank RM 90,000, dengan kadar faedah setinggi 8%, dan RM 10,000 lagi telah dibayar sebagai downpayment. Apartment tersebut disewakan dan setiap bulan dapat untung bersih RM 150.
Setiap tahun mereka mendapat pendapatan tambahan sebanyak RM 1800 dan hutang apartment tersebut juga semakin berkurangan. Walaupun jumlah hutang yang dibuat adalah jauh lebih tinggi, iaitu RM 90,000, tetapi disebabkan mereka ini ada pengetahuan yang lebih sedikit mengenai pengurusan hutang, maka mereka tidak pening kepala untuk menggali lubang dan menutup lubang.
Anda bagaimana?
Karya asal di http://www.pakdi.my
Hutang juga sebenarnya adalah satu 'leverage'. Ia bersifat 'double-edge-sword'. Kalau tak pandai guna, maka kita boleh mati … tertikam dekat dada sendiri.
Mereka yang tidak tahu, yang hutang ini sebenarnya adalah leverage yang boleh menikam diri mereka sendiri adalah mereka yang seperti ini …
Mereka berhutang cuma RM 5000 sahaja dengan kad kredit. Bercuti, beli baju, beli makanan, bayar petrol dan segalanya diswipe sahaja. Kad kredit tersebut mempunyai caj tahunan setinggi 18%. Dan mereka tidak mahu membayar hutang kad kredit tersebut secepat mungkin. Bayar caj minima dan tangguh menangguh.
Maka, hutang yang asalnya cuma RM 5000 itu, berganda dan terus berganda dan hingga tidak mampu dibayar lagi. Dan akhirnya mereka, bak seperti lagu Salih Yacob, gali gali gali gali gali gali lubang, lubang digali menggali lubang, untuk menutup lubang …
Manakala, mereka yang pandai guna 'leverage' dan tahu mengawal hutang dengan baik, adalah mereka yang seperti ini …
Contoh, segelintir daripada kita, mereka beli apartment berharga RM 100,000. Mereka meminjam dengan bank RM 90,000, dengan kadar faedah setinggi 8%, dan RM 10,000 lagi telah dibayar sebagai downpayment. Apartment tersebut disewakan dan setiap bulan dapat untung bersih RM 150.
Setiap tahun mereka mendapat pendapatan tambahan sebanyak RM 1800 dan hutang apartment tersebut juga semakin berkurangan. Walaupun jumlah hutang yang dibuat adalah jauh lebih tinggi, iaitu RM 90,000, tetapi disebabkan mereka ini ada pengetahuan yang lebih sedikit mengenai pengurusan hutang, maka mereka tidak pening kepala untuk menggali lubang dan menutup lubang.
Anda bagaimana?
Karya asal di http://www.pakdi.my
Langgan:
Catatan (Atom)