Assalamu'alaikum & salam sejahtera.. Mata adalah anugerah tuhan yang amat berharga buat setiap insan. Dengan mata, kita dapat menghayati keindahan dunia yang penuh dengan pelbagai warna. Dengan mata, kita dapat melihat alam semesta dan perhiasan di dalamnya. Kita dapat melihat berjuta-juta jenis warna, tahap keterangan yang berbeza, jarak dan sebagainya dengan menggunakan lebih 130 juta sel penerima foto di dalam mata. Korteks penglihatan membentuk 30 peratus korteks dan kedudukannya adalah di bahagian belakang di dalam kepala.
Setiap kumpulan sel-sel berfungsi untuk tugas yang berbeza seperti warna, jarak, sudut dan bucu. Disebabkan faktor ini, ramai orang yang mengalami kerosakan sel-sel tertentu akan hilang keupayaan penglihatan yang berkaitan walaupun secara amnya masih mampu melihat. Sebagai contohnya, terdapat orang yang boleh membezakan warna dan bentuk tetapi tidak dapat mengagak jarak.
Terdapat satu perkara lagi yang jarang atau kurang mendapat perhatian dari kalangan masyarakat iaitu mata lelaki dan perempuan adalah berbeza walaupun bentuk mata mereka adalah sama. Ramai yang tidak tahu berkenaan isu ini kesan dari kurangnya pendedahan berkenaan maklumat berkaitan. Mata mempunyai hubungan secara terus kepada otak. Perbezaan genetik lelaki dan perempuan memberi kesan kepada cara mata lelaki dan perempuan beroperasi.
Pakar-pakar telah melaporkan bahawa kromosom perempuan terdiri dari XX dan kromosom lelaki terdiri dari XY. Kromosom ini dan struktur otak menyebabkan cara penglihatan lelaki dan perempuan berbeza. Bagaimana? Pada retina di belakang bebola mata terdapat 130 juta sel penerima foto yang berbentuk 'rod' yang menafsir hitam dan putih, dan terdapat 7 juta sel yang berbentuk kon yang menafsir warna-warna. Kromosom X bertanggungjawab di dalam menyediakan sel-sel warna. Perempuan memiliki 2 kromosom X yang menyebabkan sel-sel warna di mata mereka 2 kali ganda berbanding lelaki. Kesannya, perhatikan perempuan, mereka sangat cekap dan sensitif kepada warna. Lelaki sering menggunakan dan menggambarkan warna-warna asas seperti hijau, merah dan biru. Manakala, perempuan cekap dan sesitif kepada pelbagai warna sepeti aqua, merah bata, biru laut, jingga dan sebagainya.
Perhatikan pakaian perempuan, penuh dengan pelbagai warna. Perempuan di serata dunia, di dalam pelbagai budaya dan masyarakat, gemar menggayakan baju, seluar, kain dan skaf yang terdiri dari pelbagai warna. Manakala, lelaki selalunya menggayakan baju yang terdiri dari satu warna sahaja. Baju kemeja ke pejabat bagi lelaki adalah satu atau dua warna sahaja. Baju kurung perempuan terdiri dari pelbagai warna. Maka, kita harus bijak di dalam mengagihkan tugas yang melibatkan warna. Berilah tugas ini kepada perempuan: memilih fabrik kerusi, baju, seluar, hiasan dan sebagainya. Jikalau semasa membeli belah langsir dan lain-lain kain atau baju yang melibatkan warna bagi tujuan sambutan Hari Raya/Tahun Baru Cina/Deepavali diserahkan kepada lelaki, saya takut nanti lelaki akan membeli kain cadar atau kain putih atau hitam sebagai langsir rumah anda. Selalunya lelaki akan mengelak untuk membuat pilihan warna dan akan menyuruh perempuan melakukannya dengan alsan tidak pandai memilih warna. Sebenarnya, adalah kejadian semulajadi wanita yang cekap kepada warna kerana otak dan mata mereka yang sensitif kepada warna.
Selain dari isu warna di atas, cara mata lelaki dan perempuan beroperasi juga berbeza. Lelaki dijadikan sebagai pencari rezeki dan pelindung kepada keluarga memerlukan mata yang fokus, dapat melihat dan fokus mangsa jarak jauh, dan dapat melihat dengan cekap pada waktu malam. Maka, penglihatan lelaki haruslah memfokus atau menumpu seperti di dalam rajah di bawah. Rekabentuk otak dan mata lelaki membantu mereka melihat secara menumpu seumpama 'torch light'.
Manakala, perempuan dijadikan sebagai ibu yang mendidik anak-anak. Mata perempuan harus cekap untuk melihat jarak dekat di dalam persekitaran meluas. Seorang ibu harus cekap melihat sekeliling tubuh anak-anaknya agar tidak ada seekor nyamuk pun mampu menghisap darah anaknya. Mata perempuan harus cekap melihat sebarang perubahan di dalam rumahnya (jarak dekat). Maka, mata perempuan haruslah mampu melihat di dalam sudut mencapah seperti lakaran di bawah. Mata perempuan seumpama lampu kalimantang yang cahayanya mencapah. Mata perempuan dapat melihat di dalam sudut 45 darjah seperti rajah di bawah.
Ilmu ini sangat penting kepada semua orang kerana ianya membabitkan isu keselamatan. Kanak-kanak dan lelaki dewasa melihat secara menumpu. Jika anda perhatikan rajah di atas, bagi persekitaran yang sama, penglihatan seorang lelaki memfokus kepada objek yang ingin dilihat iaitu rumah dan pokok. Manakala, perempuan dapat melihat lebih banyak objek dan ini dapat menyelamatkan perempuan, di mana mereka dapat melihat kereta dan basikal yang sedang melintas di hadapan mereka. Sebaliknya, lelaki tidak dapat melihat kehadirannya. Maka, adalah agak berbahaya sekiranya anda membiarkan anak lelaki anda melintas jalan untuk ke sekolah atau ke sesuatu tempat. Mereka mungkin gagal melihat ke sekeliling. Di dalam suatu kajian di UK dan Australia, ditemui kanak-kanak lelaki menghadapi risiko kemalangan cedera parah atau mati yang lebih tinggi berbanding perempuan. Dari keseluruhan kes, 3/4 kes cedera parah atau mati melibatkan lelaki.
Perhatikan lelaki di dalam kehidupan anda. Cara lelaki melihat tidak seperti perempuan, di mana lelaki akan memusingkan kepala untuk melihat sesuatu di sebelah kanan atau kirinya. Lelaki yang berjalan atau memandu kereta, dan beliau nampak perempuan cantik/seksi di tepi jalan, lelaki itu akan segera berpaling ke arah perempuan tersebut untuk melihatnya. Penglihatan lelaki seumpama 'torchlight' yang menyuluh perempuan di tepi. Lelaki gagal melihat dengan sempurna tanpa memalingkan kepalanya. Manakala, perempuan yang ketika berjalan atau memandu dan ingin melihat lelaki gagah/handsome di tepi jalan atau di kiri atau kanannya tidak perlu memalingkan kepalanya, sebaliknya bebola matanya sahaja berpusing ke kiri atau ke kanan. Perempuan itu akan dapat melihatnya tanpa orang perasan bahawa beliau sedang melihatnya.
Karya asal di http://www.insan-luarbiasa.blogspot.com/
Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan

Rabu, Januari 21, 2009
Isnin, November 24, 2008
Kisah 11 Wanita Jahiliyyah
Assalamu'alaikum & salam sejahtera.. aku terkenang kembali perbualan Ummu al-Mu’mineen Aisyah radhiyallahu ‘anha bersama suaminya Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Mereka berdua berbual tentang kisah 11 wanita Jahiliah; cerita Aisyah sebagai santapan telinga suaminya.
" Sebelas orang wanita telah bersepakat dan berjanji untuk menceritakan perihal suami mereka.
Wanita pertama berkata: Suamiku seperti daging unta yang busuk yang berada di puncak bukit yang tinggi yang tidak dapat untuk didaki. Beliau tidak berlemak dan mudah untuk bergerak.
Wanita kedua berkata: Aku tidak boleh menceritakan mengenai suamiku. Aku takut dan aku tidak boleh memberitahu mengenainya. Sekiranya aku memberitahu mengenainya, bermakna aku membuka aibnya.
Wanita ketiga berkata: Suamiku telah membuat syarat, sekiranya aku bercerita, aku akan diceraikan dan sekiranya aku diam, aku akan dikasihi.
Wanita keempat berkata: Suamiku seperti cuaca di daerah Tihamah, tidak panas dan tidak sejuk (sederhana), tidak menakutkan dan tidak menjemukan.
Wanita kelima berkata: Suamiku, ketika memasuki rumah seperti seekor harimau bintang (kerana banyak tidur dan malas bertanya), tetapi apabila beliau keluar seperti seekor singa. Beliau tidak akan bertanya perkara-perkara yang bukan urusannya.
Wanita keenam berkata: Suamiku apabila makan, beliau akan menghabiskan makanannya. Sekiranya beliau minum, beliau akan menghabiskan minumannya. Sekiranya beliau tidur, beliau akan berselimut dan tidak memasukkan telapak tangannya kerana beliau tahu akan kesusahannya.
Wanita ketujuh berkata: Suamiku adalah seorang yang lemah syahwat. Walaupun telah berubat tetapi belum juga sembuh. Di samping itu beliau mudah menjatuhkan tangannya.
Wanita kelapan berkata: Suamiku berbau seperti bau Zarnab (sejenis bauan) dan sentuhannya selembut sentuhan seekor arnab.
Wanita kesembilan berkata: Suamiku berkedudukan tinggi, seorang yang berjaya, dermawan dan rumahnya berhampiran dengan tempat permainan.
Wanita kesepuluh berkata: Suamiku seorang pembesar dan banyak memiliki harta, sebahagian dari hartanya, beliau memiliki banyak unta. Sebahagian besar unta-untanya pula dibiarkan di halaman rumah, kerana itulah untanya yang hamil sedikit sahaja. Sekiranya unta-unta itu mendengar tiupan seruling mereka mengetahui bahawa mereka akan disembelih.
Wanita kesebelas berkata: Suamiku bernama Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah Abu Zar’in? Beliaulah yang memberikan aku anting-anting pada sepasang telingaku. Beliaulah yang memberiku makanan-makanan berzat sehingga aku kelihatan sihat. beliau suka memuji aku, beliau mengambil aku dari keluarga susah dan menjadikan aku salah seorang anggota keluarga yang kaya. Beliau tidak pernah mencaci aku, sehinggakan aku dapat tidur dengan nyenyak sampai ke pagi dan aku dapat minum dengan tenang.
Selepas itu bagaimana pula bonda Abu Zar’in. Tahukah kamu siapa bonda Abu Zar’in? Beliau memiliki harta simpanan dan rumahnya sangat luas.
Maka bagaimana pula anak lelaki Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah anak lelaki Abu Zar’in. Tempat tidurnya seperti pelepah tamar. Beliau merasa kenyang dengan makan sebelah kaki kambing.
Maka bagaimana pula anak perempuan Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah anak perempuan Abu Zar’in beliau sangat mentaati kedua orang tuanya. Tubuhnya montel dan sering menjadi kecemburuan jirannya.
Maka bagaimana pula Jariah Abu Zar’in, tahukah kamu siapakah Jariah Abu Zar’in? Beliau tidak pernah menyebarkan rahsia kami dan sangat jujur sekalipun dalam soal makanan. Beliau tidak pernah membiarkan rumahku kotor.
Setelah itu beliau berkata: Satu hari Abu Zar’in keluar dengan membawa satu bekas daripada kulit yang diisi dengan susu. Beliau bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai dua orang anak. Kedua anaknya itu seperti dua ekor harimau kumbang. Mereka bermain dengan dua biji buah delima di bawah pinggang ibunya. Maka beliau menceraikan aku dan mengahwini wanita itu.
Setelah itu aku berkahwin dengan seorang lelaki yang baik dan kaya. Tunggangannya adalah seekor kuda terpilih. Beliau membawa aku ke kandang yang penuh dengan binatang ternakan. Kemudian dia berkata: Makanlah wahai Ummu Zar’in dan berehatlah supaya hilang penat lelah. Beliau berkata: Sekiranya aku kumpulkan pemberiannya dengan pemberian Abu Zar’in, nescaya pemberiannya tidak akan sama dengan pemberian Abu Zar’in yang paling sedikit. "
Di akhir cerita, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda kepada Aisyah radhiyallahu ‘anha : Perhubungan aku denganmu seperti Abu Zar’in dengan Ummu Zar’in.
Aisyah radhiyallahu ‘anha membalas: Bahkan engkau lebih baik dari Abu Zar’in.
Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab: Benar! Abu Zar’in menceraikan Ummu Zar’in sedangkan aku tidak menceraikan engkau”
[Riwayat al-Tirmidhi]
MORAL : sabarnya Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mendengar celoteh isterinya Aisyah! Dalam kesibukan dan kegentingan pelbagai isu ummah, sabarnya Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam melayan kisah 11 perempuan Jahiliyyah yang entah di mana faedahnya itu! Tidak langsung diperlekeh kisah Aisyah. Tidak langsung dimuncungkan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mulutnya dengan kisah panjaaaaang lebar isteri kesayangannya itu.
Bahkan setelah berakhirnya kisah 11 wanita Jahiliyyah itu, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengulas dengan komen yang paling bersahaja lagi romantik, sebagai seorang suami yang terbaik kepada ahli keluarganya.Sama-sama kita renungkan.

Langgan:
Catatan (Atom)