Assalamu'alaikum & salam sejahtera..Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.
Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.
Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.
Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk menagajar.
Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.
Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.
Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.
Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.
Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.
Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.
Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.
Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.
Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.
Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain¡KKalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.
Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.
Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.
Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!
Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.
Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.
Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.
Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.
Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kdg2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.
Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni x ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.
Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang saya gunakan. Ini boleh membantu anda 'berfikir' bahasa Inggeris.
Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.
Karya asal di http://mialianas.blogspot.com
Memaparkan catatan dengan label Minda. Papar semua catatan

Khamis, Mei 14, 2009
Rabu, Disember 31, 2008
Pengajaran di sebalik Hijrah Rasulullah SAW
Assalamu'alaikum & salam sejahtera.. Tanggal 1 Muharram merupakan detik yang bersejarah buat umat Islam keseluruhannya. Tarikh tersebut merupakan hari pertama dalam perkiraan tahun hijrah buat umat Islam. Menyingkap kembali sejarah peristiwa hijrah Rasul dan para sahabat, terkandung di dalamnya pengajaran dan hikmah buat perkembangan Islam itu sendiri. Peristiwa ini juga telah menyaksikan pengorbanan para sahabat yang cinta mereka tidak berbelah bahagi terhadap Rasulullah SAW.
Antaranya keberanian Saidina Ali r.a yang sanggup menggantikan Rasullullah SAW di tempat tidur baginda walaupun pada ketika itu orang-orang kafir Quraisy sedang berkawal di luar rumah bagi menangkap Rasullah SAW. Kesanggupan Saidina Ali menempa maut di tangan orang kafir Quraisy dengan menggantikan Rasullullah di tempat tidur baginda bagi menjayakan perancangan hijrah Rasulullah SAW menjadi bukti kecintaan beliau yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah.
Peristiwa pengorbanan Saidina Ali ini merupakan secebis daripada peristiwa pengorbanan para sahabat. Banyak lagi kisah pengorbananan yang telah dilakukan oleh para sahabat demi Rasulullah yang tercinta. Begitulah para sahabat nabi yang cinta mereka bukan sekadar bermain di bibir bahkan dibuktikan melalui perbuatan dan tindakan mereka.
Berbicara tentang Hijrah Rasul, sebenarnya kita sedang membicarakan tentang sejarah. Apabila berbicara tentang sejarah, kita harus sedar bahawa sejarah sebenarnya merupakan bicara Allah kepada hamba-hambanya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi mampu disedari melalui mata hati. Dengan erti kata lain peristiwa hijrah ini mengandungi hikmah yang harus diterokai sebagai pedoman buat generasi seterusnya. Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara secara sia-sia.
Persoalannya, adakah kita generasi kini menyedari hikamah dan pengajaran yang tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam hijrah Nabi sebagai pedoman dalam kehidupan kita? Saban tahun kita meraikan sambutan 'Maal Hijrah', namun apakah ianya merupakan sambutan semata-mata? Apakah yang kita fahami tentang hijrah? Adakah hijrah sekadar perpindahan yang berbentuk fizikal semata-mata?
Persoalan ini harus kita rungkaikan supaya hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dapat difahami dan dihayati. Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah." (Hadis riwayat Abu Dawud)
Hijrah bermaksud meninggalkan larangan Allah
Daripada kenyataan ini dapatlah kita fahami bahawa hijrah bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata tetapi hijrah juga ialah perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.
Hijrah Rasulullah S.A.W memberi iktibar kepada kita mengenai fungsi dan peranan kita sebagai umat Islam tidak terhenti setakat ibadat khusus semata-mata. Lebih luas daripada itu peranan kita adalah sebagai khalifah Allah di muka bumi. Di antara tugas-tugas sebagai khalifah adalah seperti yang dijelaskan oleh Al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sultaniah iaitu menjaga agama dan mentadbir dunia.
Dua perkara ini tidak mampu direalisasikan tanpa semangat jihad dalam diri kita. Jihad merupakan pengorabanan dari pelbagai aspek demi memastikan tertegaknya Islam di muka bumi ini. Melawan nafsu juga merupakan suatu jihad. Namun dalam konteks hari ini, semangat jihad sudah kian hilang di hati umat Islam. Umat Islam hari ini lebih mementingkan nafsu daripada kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya.
Umat Islam sesama sendiri berkelahi kerana pangkat, harta dan wanita. Adakalanya umat Islam sendiri sanggup berkomplot dengan golongan kuffar demi kepentingan tertentu. Sekiranya inilah perangai kita, apakah kita layak digelar sebagai khalifah Allah.?
Marilah kita mencontohi para sahabat yang sanggup berkorban demi kepentingan Islam. Sesungguhnya Hirah tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa jihad, perpaduan dan kecintaan terhadap Allah. Apa maknanya kita menyambut sambutan Maal Hijrah jika kita semakin jauh dengan Islam? Apakah ertinya kita menghayati sambutan Maal Hijrah. jika jihad masih disalah anggap dan menjadi satu istilah yang amat menakutkan. Apalah gunanya sambutan Maal Hijrah yang kita sambut jika perubahan yang ada hanyalah menunjukkan umat Islam bertambah lemah dan menjadi mangsa penindasan barat malah terus dihina dan dicerca dengan tuduhan sebagai pengganas dan pemecah-belah.
Seharusnya peristiwa hijrah telah mengajar kita bahawa perpaduan amat penting dalam kita membangunkan sesebuah negara. Cuba kita renungkan kembali bagaimana perpaduan yang telah terjalin anatara kaum Muhajirin dan Ansar di bawah bumbung Islam telah berjaya mambentuk khilafah Islamiyah. Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang menyaksikan bangsa, kaum dan etnik, maka amat wajar umat Islam di Malaysia mempamerkan semangat toleransi dan kasih sayang selari dengan ajaran Islam yang amat menitik beratkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah.
Peristiwa hijrah juga memperlihatkan kepada kita komitmen Rasulullah sebagai seorang pemimpin dalam memastikan tertegaknya ummah yang beriman, bertaqwa, bersatu padu dan hormat menghormati, baik sesama mereka mahu pun orang bukan muslim. Inilah sikap yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin.
Seorang pemimpin tidak sekadar membangunkan masyarakatnya dari sudut fizikal dan material semata-mata bahkan turut membangunkan jiwa masyarakatnya dengan mendekatkan mereka kepad Allah SWT. Sejarah telah mengajarkan kepada kita bagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu di saat kegemilangan tamadun Islam adalah pemimpin yang menghormati golongan ulama dan sentiasa meminta nasihat daripada mereka sama ada urusan negara mahupun peribadi. Hal ini kerana golongan ulama merupakan golongan yang arif berkenaan soal agama, justeru demi memastikan pimpinan mereka tidak terkeluar dari landasan Islam, pemimpin-pemimpin tersebut sentiasa memastikan golongan ulama sentiasa di sisi mereka.
Sesungguhnya di sebalik peristiwa hijrah terkandung pelbagai lagi iktibar dan pengajaran yang dapat kita perolehi. Soalnya lagi sejauh mana kita benar-benar menghayati sambutan maal hijrah dalam memberikan kesan yang positif terhadap diri kita? Hijrah menuntut perubahan dari segala aspek ke arah kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam. Marilah sama-sama kita menjadi mereka yang beruntung.- azm
( Penulis adalah Najib Afif Arip , pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Univesiti Sains Islam Malaysia (USIM) )

Ahad, Disember 07, 2008
Cemas Pembunuh Senyap
Assalamu'alaikum & salam sejahtera.. Anda pernah mengalami perasaan cemas? Jika kita membuat tinjauan ke atas 100 orang responden, tidak mustahil hasil kajiannya menunjukkan 100% responden pernah mengalaminya.
Apakah yang dimaksudkan dengan cemas. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga cemas membawa maksud hati berasa takut dan risau ( gelisah, bimbang ). Dalam bahasa yang paling mudah, dapatlah disimpulkan bahawa cemas itu sesuatu yang wujud dalam jiwa seseorang individu disebabkan oleh sesuatu perkara yang tertentu.
Rasa cemas itu akan menyebabkan seseorang itu menjadi takut dan risau akan sesuatu yang bakal terjadi ke atas dirinya. Kebiasaannya rasa cemas itu menyerang seseorang individu sebelum sesuatu perkara yang dijangkakan atau tidak dijangkakan berlaku.
Misalnya seorang pelajar yang sedang beratur untuk mengambil slip peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia berada dalam keadaan yang gelisah dan tidak tenteram. Rasa takut sudah pasti menyelubungi kalbunya ketika itu. Bermacam-macam andaian yang bermain-main difikirannya sehinggalah sijil tersebut benar-benar berada di genggamannya.
Berita di televisyen baru-baru ini yang melaporkan seramai 25000 pekerja di Amerika akan diberhentikan menjelang tahun 2009 kerana masalah kemelesetan ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang. Adakah mustahil para pekerja di Malaysia tidak berasa cemas dengan situasi yang sedang melanda Amerika sekarang ini. Adakah kesan tersebut tidak akan berjangkit ke Malaysia yang mana kebanyakkan para pelaburnya datang dari Amerika? Adakah mereka tidak akan terfikir tentang masalah pembuangan kerja? Adakah mereka tidak risau sekiranya semua ini berlaku bagaimanakah untuk mereka meneruskan kehidupan mereka.
Bagaimanakah situasi anak-anak yang masih bersekolah, hutang-piutang yang masih belum habis dibayar, ibu dan ayah di kampung yang masih memerlukan bantuan kewangan daripada anak-anak dan seribu macam lagi andaian-andaian yang akan berpusing-pusing dalam minda mereka yang sedang memikirkan masalah tersebut. Rasa cemas adalah suatu perasaan yang pasti hadir dalam jiwa setiap manusia dalam pelbagai situasi dan keadaan.
Ada manusia yang cemas setiap kali berdepan dengan peperiksaan tetapi tidak cemas apabila berada di tempat yang tinggi atau kenderaan yang dipandu dengan laju. Ada manusia yang tidak takut apabila melihat binatang-binatang yang besar dan buas, tetapi sangat cemas apabila melihat kelibat beberapa ekor lipas berhampiran dengannya.
Namun, tahukah anda cemas ini sekiranya tidak dikawal akan menyebabkan beberapa masalah boleh berlaku. Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Universiti Selatan California, Los Angeles menunjukkan rasa cemas akan meningkatkan risiko serangan jantung. Menurut kajian tersebut, lelaki yang tahap cemasnya tinggi mempunyai kemungkinan 30 hingga 40 peratus lebih tinggi menghadapi serangan jantung berbanding yang lain.
Seorang penyair pernah bermadah, “Kesusahan itu menyebabkan orang gemuk menjadi kurus dan orang muda menjadi beruban dan nampak tua”.
Ya, benar sekali, rasa cemas akan menyebabkan susah hati dalam jiwa si pengidapnya. Cuba perhatikan bagaimana orang yang cemas mengenangkan masalah kewangan yang melanda perniagaannya seperti mana yang digambarkan dalam drama dan filem-filem. Bagaimanakah keadaan diri mereka, teruruskah?
Dalam sebuah kisah yang diceritakan oleh Dr . Muhammad Al Ghazali dalam bukunya yang bertajuk 'Jaddid Hayatak' menceritakan bagaimana seorang lelaki yang kesedihan kerana bencana yang menimpa keluarganya, telah membawa kepada kehilangan giginya. Beliau terus menjelaskan bahawa berdasarkan penemuan terkini menunjukkan gangguan emosi yang tidak menyenangkan seperti rasa cemas dan sebagainya sangat kuat sekali pengaruhnya pada keseimbangan cairan tubuh badan. Ia akan mengubah kalsium di dalam tubuh menjadi racun, sehingga tubuh tidak dapat menyerap zat-zat berguna dari makanan yang diambil sekalipun makanan itu penuh dengan zat yang akhirnya merosakkan gigi.
Seorang doktor di sebuah rumah sakit Mayo, Dr Harold C. Habein pernah membentangkan sebuah kertas kerja pada perhimpunan tahunan American Association Of Industrial Physicians and Surgeons yang mengatakan berdasarkan kajiannya terhadap 176 usahawan muda yang berumur sekitar 44 tahun, lebih satu pertiga daripada daripada mereka menderita mengidap penyakit-penyakit seperti jantung, barah dan tekanan darah tinggi yang berpunca daripada hidup yang penuh ketegangan.
Dale Carnegie pula berkata, hasil penelitiannya selama ini menunjukkan bahawa rasa cemas itu merupakan pembunuh nombor satu di Amerika. Sejak perang dunia ke-2, sepertiga juta tentera Amerika telah terbunuh di medan peperangan, dan dalam masa yang sama, dua juta manusia terbunuh disebabkan oleh penyakit jantung, dan setengah daripada dua juta yang meninggal akibat sakit jantung itu berpunca daripada rasa cemas dan kehidupan yang penuh ketegangan.
Bagaimana keadaan anda sekarang? Adakah anda antara pengidap penyakit cemas yang kronik? Cuba kita perhatikan tindakbalas anda terhadap sesuatu perkara yang berlaku ke atas anda. Adakah anda mudah gugup, sering ke tandas untuk membuang air kecil, tekanan darah naik dari paras normal, sukar tidur ataupun tidur dalam tempoh masa yang agak lama dari kebiasaan, tapak tangan berpeluh, degupan jantung berdegup kencang, mual-mual atau sakit perut, ataupun anda sering diserang sakit kepala? Jika anda pernah mengalami situasi sebegitu mungkin anda antara pengidap penyakit cemas.
Namun kedudukan anda di antara dua, samada pengidap penyakit cemas yang kronik atau anda tidak tersenarai dalam kategori yang pertama tadi. Rasa cemas merupakan penyakit, kerana ia telah terbukti menjadi antara pembunuh utama masyarakat di dunia. Telah banyak kajian ilmiah yang dilakukan oleh pakar-pakar terhadap rasa cemas dan hasilnya hampir sama, iaitu rasa cemas boleh membunuh. Jangan jadikan kita antara mangsa seterusnya.
Kita perlu mengatasi masalah ini dengan segera agar kita mampu berhadapan dengan rasa cemas yang sering menghantui diri kita. Bagaimanakah caranya? Cuba perhatikan pendekatan-pendekatan di bawah. Jika anda bersetuju, pastikan anda melaksanakannya kerana langkah pertama adalah pengubah untuk kehidupan kita seterusnya.
Kenali diri anda
Hanya anda yang mengenali diri anda berbanding orang lain. Seorang kaunselor yang pakar dalam bidangnya tidak akan mampu mengenali pelanggannya secara total kerana setiap manusia itu akan menyembunyikan sesuatu perkara yang wujud dalam dirinya. Kerana itu mereka hanya mampu membantu seseorang itu untuk berubah, sedangkan perubahan itu mestilah bermula pada diri individu itu sendiri. Anda tentu bersetuju bukan bahawa andalah yang lebih mengenali diri anda berbanding orang lain.
Maka dengan itu, perhatikan gerak geri anda, dalam situasi manakah kebiasaannya anda mudah menjadi cemas. Ada orang akan mudah merasa cemas ketika melangkahkan kaki ke dalam dewan peperiksaan. Ada sesetengahnya pula mudah cemas apabila dipanggil oleh majikannya. Ada orang pula mudah cemas apabila diminta memberi ucapan.
Anda pula bagaimana? Dalam situasi manakah anda mudah berasa cemas? Jika anda telah bertemu jawapannya, barulah anda boleh meneruskan langkah seterusnya untuk menyelamatkan diri anda daripada menjadi pengidap rasa cemas yang berterusan yang akhirnya nanti menjadikannya satu penyakit yang serius dan seterusnya menjadi racun berbisa dalam hidup anda.
Yakini diri sendiri
Setiap individu memiliki potensi peribadi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Seseorang perlu percaya pada potensi dirinya agar mampu mendepani setiap masalah yang wujud dalam kehidupannya. Keyakinan yang tinggi membolehkan individu itu sentiasa positif terhadap apa jua keadaan. Sekiranya fikiran anda dipenuhi oleh rasa takut, keraguan dan kurang upaya atas kemampuan diri anda sendiri, maka hasilnya juga akan negatif. Sudah tentu anda akan gagal berhadapan dengan rasa cemas. Ingat, hidup anda dibentuk oleh fikiran anda sendiri. Napoleon Hill dalam bukunya yang bertajuk 'Think And Grow Rich' ada menukilkan sebuah sajak yang patut kita kongsikan bersama.
Bila anda berfikir bahawa anda telah ditakluki, maka anda sebenarnya telah kalah,
Bila anda berfikir bahawa anda tidak mampu, maka anda memang telah menjadi lemahBila anda ingin menang, tetapi anda berfikir bahawa anda tidak boleh menang, maka pastilah anda tidak akan menang.
Bila anda berfikir bahawa anda akan menderita kerugian, maka anda akan benar-benar kerugian.
Walau di mana pun segenap alam sejagat ini, kejayaan itu hanya berpangkal dari kemahuan seseorang. Yang mewujudkan pemikirannya.
Persiapkan diri untuk berhadapan dengan sebarang risiko
Meskipun sudah mampu berfikir secara optimis, mempersiapkan diri menghadapi risiko terburuk dapat membantu seseorang untuk menjadi waspada terhadap sebarang kemungkinan. Persediaan yang rapi membolehkan kita berhadapan dengan saat cemas dengan lebih tenang dan bersedia.
Contohnya di musim tengkujuh ini pastinya banjir akan melanda dibeberapa kawasan tertentu. Mereka yang berada di kawasan rendah dan pernah dilanda banjir sebelum ini pastinya akan berasa agak takut dan cemas berbanding mereka yang berada di kawasan tinggi. Sekiranya persediaan yang rapi telah dilakukan, maka tiada alasan untuk menjadi cemas sekiranya banjir benar-benar berlaku. Perancangan yang teliti telah terbukti berkesan ketika berhadapan dengan seribu macam masalah. Rasulullah sendiri merancang strategi peperangannya sebelum melangkahkan kaki ke medan perang.
Seorang pelabur yang bijak mestilah membuat analisa yang menyeluruh terlebih dahulu terhadap bidang yang ingin diceburi berasaskan analisis SWOT( Strenght, Weakness, Oppoturnity, Treat), iaitu apakah kekuatan dan kelemahan yang ia miliki serta apakah ancaman dan peluang dari pihak luar yang boleh membantunya mengecapi kejayaan ke atas pelaburannya nanti.
Perancangan yang rapi juga akan mengurangkan rasa cemas atau bimbang terhadap sesuatu perkara yang bakal berlaku. Pengurus yang berjaya tidak perlu cemas apabila dibebani dengan satu tugasan penting dari majikannya. Ia hanya perlu merancang tugasan tersebut dengan teliti beserta dengan pelan utama dan pelan alternatif yang juga disebut pelan kontigensi. Jika pelan A tidak berjaya, maka pelan B boleh dilaksanakan berdasarkan penelitian terhadap kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.
Selalu berharap yang terbaik
“Insya Allah, pasti semuanya akan selesai”. Inilah antara contoh perkataan yang biasa keluar dari mulut mereka yang sentiasa berharapkan penyelesaian yang terbaik dalam setiap masalah yang dihadapinya. Apabila fikiran positif, maka kekuatan akan muncul dalam diri kita. Apabila fikiran mulai negatif, cas negatif akan menjalar dalam jiwa kita yang akhirnya kita sentiasa dalam keadaan cemas dan tidak menentu.
Maka, selalulah berharap yang terbaik dan jangan lupa sertainya dengan doa kerana ia adalah sunnah Nabi apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Jika tidak masakan Nabi bersabda “ Doa itu senjata mukmin”. Berdoa tanpa usaha adalah sia-sia. Tetapi, usaha yang beserta doa adalah senjata yang ampuh bagi melawan rasa cemas yang sering bersarang dalam diri manusia.
Dalam al Quran Allah turut menyebut tentang doa. Perhatikan dua ayat ini: "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." ( surah al Ghafir –ayat 60 ) " Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Masih tidak yakin lagikah anda bahawa doa itu senjata yang ampuh bagi menghadapi rasa cemas? Jangan menafikannya, dan teruskan usaha dan berdoa, insya Allah, Allah pasti bersama dengan anda.
Cari pertolongan
Kita tidak bersendirian di dunia ini. Mengapa perlu malu untuk meminta bantuan daripada mereka yang lebih berkemampuan berbanding anda. Pengeluar kereta Ford, Henry Ford berjaya bukan kerana usahanya seorang, tetapi kerana kereta keluarannya adalah dihasilkan oleh jurutera yang hebat. Jangan malu untuk bertemu dengan mereka yang pakar berkaitan dengan masalah anda. Apa salahnya jika ia mampu mengatasi rasa cemas anda.
Menulis kata-kata motivasi diri
Ciptalah kata-kata atau ambillah mana-mana perkataan yang anda ketemui yang mampu memotivasikan diri anda. Kemudian tampallah di tempat-tempat yang difikirkan sesuai dan mudah dilihat. Lihatlah dan bacalah setiap hari sehingga ia benar-benar terkesan di hati anda.
Sediakan buku daftar kecemasan anda
Catatlah segala kecemasan dalam sebuah buku. Ketika merasa cemas, catatlah perkara yang membuatkan anda rasa cemas. Bacalah selalu daftar tersebut dan sedarilah dalam diri anda bahawa walaupun anda ditimpa pelbagai perkara, anda masih mampu menjalani kehidupan ini. Jangan berputus asa dan berusahalah untuk mengatasi setiap kecemasan yang anda catatkan tadi. Kemudian, setiap kali anda mampu mengatasi sesuatu kecemasan, coretkanlah saat indah itu dalam buku daftar kecemasan anda. Percayalah, lambat laun kecemasan itu akan lenyap satu persatu dan buku daftar itu akan menjadi simpanan sejarah. Percayalah, bahawa rasa cemas itu akan hilang dari kehidupan anda.
Bertenang
Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda yang berbunyi “ Wahai manusia, sesungguhnya kaya yang sebenarnya itu bukanlah banyak harta, tetapi kaya sejati itu adalah kaya jiwa... ( Riwayat Abu Ya’la )
Ya, benar sekali kerana jiwa yang miskin akan menderita mengidap rasa cemas walaupun ia kaya harta. Seorang lelaki kaya setiap masa dalam ketakutan harta kekayaannya akan lenyap, tidurnya tidak lena dan penyakit yang ditanggungnya menyebabkan dia tidak dapat menikmati makanan yang lazat-lazat sesuai dengan statusnya yang berharta.
Namun begitu, sebaliknya berlaku kepada petani di kampung yang tidur malamnya lena tidak terganggu, makannya berselera walaupun berlauk biasa dan tidak pun menderita penyakit orang kaya kerana jiwanya tidak miskin walaupun tidak berharta. Kehidupannya sentiasa dalam keadaan tenang berbanding si kaya yang sentiasa cemas dan bimbang sepanjang masa.
Sekiranya anda memahami maksud tersirat daripada maksud kaya jiwa itu, anda akan menyedari bahawa ketenangan itu ubat mujarab bagi penyakit cemas. Bagaimana rasa tenang dalam jiwa dapat dibina? Tiada cara lain melainkan hanya dengan mengingati Allah dan menjaga hak-hakNya setiap masa. Firman Allah “ Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahaja jiwa akan tenang”. Banyakkan beristigfar dan membaca al-Quran, insya Allah jiwa akan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
Akhir kalam, mari kita renungi hadis ini.
“ Redhalah dengan pembahagian Allah buatmu, engkau akan menjadi manusia yang paling kaya ”
Wallahua’lam
Karya asal di www.teratakmuslim.blogspot.com

Sabtu, Disember 06, 2008
Kaedah Meningkatkan Keupayaan Otak
Assalamu'alaikum & salam sejahtera.. Betapa kuat sekalipun otak berfungsi, sesekali kita tetap lupa sedangkan otak juga perlukan ‘penyelenggaraan’. Bukan pembedahan atau melakukan sesuatu yang berbahaya kerana kajian mendapati otak mampu dipertingkatkan keupayaannya hanya menerusi beberapa langkah mudah.
Berikut beberapa kaedah yang boleh diamalkan untuk membantu untuk meningkatkan fungsi otak:
1. Makan badam
Badam dipercayai boleh meningkatkan ingatan. Kombinasi minyak badam dan susu yang diambil sebelum tidur atau selepas bangun tidur dikatakan boleh menguatkan kuasa ingatan. Susu badam boleh disediakan dengan menghancurkan badam tanpa lapisan luarnya dan ditambah air dan gula.
2.Minum jus epal
Kajian Universiti Massachusetts Lowell, Amerika Syarikat menunjukkan jus epal meningkatkan pengeluaran pemancar sistem saraf yang penting, acetylcholine di dalam otak sekali gus meningkatkan kuasa ingatan.
3. Tidur dengan baik
Kajian mendapati ingatan jangka panjang diperkuatkan apabila seseorang itu memperoleh tidur yang baik.
4. Nikmati aktiviti mudah yang digemari
Tekanan boleh mengeringkan kekuatan otak. Amalkan aktiviti mudah yang digemari setiap hari untuk menyingkirkan tekanan daripada fikiran. Sesetengah daripada aktiviti mudah ini bukan saja baik untuk otak malah tubuh dan jiwa seperti mendengar muzik yang digemari, bermain dengan anak dan melahirkan penghargaan kepada orang lain.Selain itu, berlari beberapa kilometer setiap hari, mengayuh basikal atau berenang juga elok diamalkan.
5. Senaman minda
Senaman fizikal memang penting untuk membina tubuh yang kuat namun senaman mental juga sangat diperlukan. Sedar atau tidak, kanak-kanak mempunyai kekuatan otak yang jauh lebih tinggi berbanding golongan dewasa. Si kecil sentiasa bermain dengan fikirannya. Fikiran sedemikian menunjukkan kekuatan ingatan yang baik.
Untuk membuatkan fikiran aktif, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan seperti bermain silang kata, berinteraksi atau melakukan kerja sukarela. Selain itu, mulakan hobi seperti menulis blog, membaca, melukis atau mempelajari kemahiran baru.
6. Mengurangkan pengambilan gula
Gula bukanlah makanan. Ia sejenis karbohidrat yang memberikan tenaga khayalan. Pengambilan gula berlebihan boleh mengakibatkan gejala kebimbangan yang keterlaluan. Gula yang berlebihan juga boleh menyebabkan rasa takut apabila berada di tempat sempit, hilang ingatan dan masalah saraf lain. Jika boleh, nikmati makanan tanpa perlu menambah gula.
7. Khasiat gandum penuh
Gandum penuh mengandungi lecithin. Bahan ini membantu untuk mengurangkan masalah pengerasan saluran darah yang lazimnya merosakkan fungsi otak.
8. Makan hidangan ringan pada waktu malam
Hidangan berat boleh menyebabkan seseorang itu sukar tidur dan tekanan emosi sewaktu tidur. Elok menikmati hidangan berat waktu siang ketika tubuh melakukan banyak pergerakan sekali gus memanfaatkan pengambilan yang banyak itu. Pada waktu malam, nikmati hidangan ringan berserta buah-buahan untuk memudahkan tidur. Tidur yang baik boleh menguatkan otak.
9. Berimaginasi
Orang Yunani cukup mahir dari segi prinsip imaginasi dan kaitannya untuk mengingati apa saja. Teknik berkenaan memerlukan seseorang itu mencipta imaginasi jelas dan berwarna-warni yang boleh dikaitkan dengan objek yang diketahui. Jika proses imaginasi itu turut disertai deria sentuh, rasa, bau, dengar dan melihat, seseorang itu boleh mengingatinya dengan lebih baik.
10. vitamin B kompleks
Vitamin B kompleks menguatkan ingatan justeru, nikmati makanan termasuk sayur-sayuran yang mempunyai kandungan vitamin B kompleks yang tinggi.

Khamis, Disember 04, 2008
12 Productive Brain Exercises
Assalamu'alaikum.. Dorothea Brande suggests twelve mental exercises to make your mind keener and more flexible. These exercises are meant to pull you out of your usual habits and to put you in situations that will demand resourcefulness and creative problem-solving. Brande argues that only by testing and stretching yourself can you develop mental strength.
Even apart from the goals of creativity and mental flexibility, Brande's exercises make sense from a happiness perspective. One thing is clear: novelty and challenge bring happiness. People who stray from their routines, try new things, explore, and experiment tend to be happier than those who don't. Of course, as Brande herself points out, novelty and challenge can also bring frustration, anxiety, confusion, and annoyance along the way; it's the process of facing those challenges that brings the "atmosphere of growth" so important to happiness. (It's the First Splendid Truth: to be happy, you must think about feeling good, feeling bad, and feeling right, in an atmosphere of growth.)
I have to confess that I've tackled just a few of Brande's mental exercises - #6 and #10 - and only because they come naturally to me, which is hardly in the spirit of the exercises. I keep toying with the idea of trying the others. Maybe I'll do them for Happiness Project II.
Here are Dorothea Brande's twelve mental exercises. Note: she wrote these in 1936, so you need to adapt of few of them.
1. Spend an hour each day without saying anything except in answer to direct questions, in the midst of the usual group, without creating the impression that you're sulking or ill. Be as ordinary as possible. But do not volunteer remarks or try to draw out information.
2. Think for 30 minutes a day about one subject exclusively. Start with five minutes.
3. Write a letter without using the words I, me, mine, my.
4. Talk for 15 minutes a day without using I, me, my, mine.
5. Write a letter in a "successful" or placid tone. No misstatements, no lying. Look for aspects or activities that can be honestly reported that way.
6. Pause on the threshold of any crowded room and size it up.
7. Keep a new acquaintance talking about himself or herself without allowing him to become conscious of it. Turn back any courteous reciprocal questions in a way that your auditor doesn't feel rebuffed.
8. Talk exclusively about yourself and your interests without complaining, boasting, or boring your companions.
9. Cut "I mean" or "As a matter of fact" or any other verbal mannerism out of your conversation.
10. Plan two hours of a day and stick to the plan.
11. Set yourself twelve tasks at random: e.g., go twenty miles from home using ordinary conveyance; go 12 hours without food; go eat a meal in the unlikelist place you can find; say nothing all day except in answer to questions; stay up all night and work.
12. From time to time, give yourself a day when you answer "yes" to any reasonable request
*Dorothea Brande was an American writer and editor, well known for her books Wake Up and Live and Becoming a Writer (a useful resource for writers, by the way).

Langgan:
Catatan (Atom)