Memaparkan catatan dengan label Kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kewangan. Papar semua catatan

Rabu, Disember 31, 2008

10 cara untuk hidup bergaya tetapi PAPA!

Assalamu'alaikum & salam sejahtera..
1. Bayar semua bil selepas dapat gaji
Anda bayar bil handphone, eletrik, air, internet, Astro, sewa rumah, installment rumah, installment kereta. Tetapi anda lupa untuk bayar diri anda terlebih dahulu. Do it consistenly until your retirement.

2. Beli kereta baru selepas beberapa bulan kerja
Kereta new brand. 9 tahun hutang. Minimum downpayment. Untuk lebih hebat, ganti sport rim, tambah spoiler, pasang skirting, masukkan sistem stereo, ganti radio, tintedkan cermin, ganti ekzos vroom vroom, tukar stereng sport dan semua yang dijual di kedai seterusnya buat baik dengan tauke kedai spare part. Senang nak tahu bila barang latest sampai. Baru pakai 3,4 tahun ganti yang baru lagi.

3. Pakai kredit kad
Mudah. Senang untuk berbelanja. Sesak-sesak hujung bulan swipe sahaja. Bayar minimum payment yang diminta oleh pihak bank sahaja. “Sayang nak makan di restoran mana hari ni? Abang belanja.”

4. Jadi ahli gymnasium
Mohon keahlian gymnasium berhampiran di tempat kerja. Mudah nak bersenam bila balik kerja. Perut pun macam dah boroi. Apa kelas berjogging di taman-taman awam yang percuma. Bulan pertama pergi hampir setiap hari dan bulan seterusnya dah tak sempat nak pergi sebab tugas yang banyak di pejabat.

5. Holiday setiap bulan
Jadi ahli di mana-mana pusat peranginan. Luar negara pun ok. Penat kerja. Kena release tension selalu. Kad kredit ada. Setakat nak bermalam di mana-mana hotel tiada masalah. Perbelanjaan holiday lebih penting dari menyertai mana-mana kelas pelaburan dan kewangan yang ada di pasaran.

6. Up to date with the latest fashion, gadget
Mesti tahu selalu fesyen terbaru di pasaran. Rambut, baju, minyak wangi, kasut, seluar. Gaya hidup moden. Metroseksual. Selain fesyen, kena beli mp3 player terbaru, kamera digital terkini, telefon bimbit dan macam-macam lagi. Walaupun telefon riban-riban tetapi cuma tahu sms. Sebab call mahal. Ceh. Tapi takpe. Yang penting stylo. Update jangan tak update!

7. Apply personal loan
Duit tak cukup nak berbelanja. Maklumlah maintenance tinggi. Kereta mesti paling baru. Modify sampai jadi paling sporty. Barang dalam rumah mesti yang paling up to date. Pakaian mesti fashionable. Bonus hujung tahun baru dapat. Nanti bayar lah balik lepas dapat bonus.

8. Mohon kredit kad baru
Gaji sudah naik. Promotion sudah dapat. 1 kad sahaja tak cukup. Apa lagi, mohon kad kredit di bank lain pula dengan had kredit yang lebih tinggi. Lebih mudah untuk berbelanja.

9. Say no to investment
“Apa susah-susah nak belajar pasal invesment ni. I punya agent ada. I call aje. Property agent I kata harga rumah takkan turun. Lagipun I dah buat regular savings dalam unit trust. Diversify diversify diversify dia kata. Broker I pun selalu recommend the hottest stock in the town.”

“You nak I jual walter filter ni ? You ni. Jatuh la standard I. Kawan-kawan I semua VVIP, VIP, Datuk.”

10. Gosip & Glamour
“Wow. Datuk K ada skandal dengan artis lain? Mana website yang you baca tu? Majalah hiburan apa yang you beli?”

“Er.. Warren Buffet tu siapa? Artis negara mana?”

Karya asal di www.pakdi.my

Jumaat, Disember 12, 2008

Hutang Sebagai 'Leverage' ?

Assalamu'alaikum & salam sejahtera..Hutang sebenarnya bukanlah sesuatu yang haram. Ia adalah satu perkara yang dibenarkan. Cumanya kalau sudah berhutang, kita wajib untuk membayarnya semula.

Hutang juga sebenarnya adalah satu 'leverage'. Ia bersifat 'double-edge-sword'. Kalau tak pandai guna, maka kita boleh mati … tertikam dekat dada sendiri.

Mereka yang tidak tahu, yang hutang ini sebenarnya adalah leverage yang boleh menikam diri mereka sendiri adalah mereka yang seperti ini …

Mereka berhutang cuma RM 5000 sahaja dengan kad kredit. Bercuti, beli baju, beli makanan, bayar petrol dan segalanya diswipe sahaja. Kad kredit tersebut mempunyai caj tahunan setinggi 18%. Dan mereka tidak mahu membayar hutang kad kredit tersebut secepat mungkin. Bayar caj minima dan tangguh menangguh.

Maka, hutang yang asalnya cuma RM 5000 itu, berganda dan terus berganda dan hingga tidak mampu dibayar lagi. Dan akhirnya mereka, bak seperti lagu Salih Yacob, gali gali gali gali gali gali lubang, lubang digali menggali lubang, untuk menutup lubang …

Manakala, mereka yang pandai guna 'leverage' dan tahu mengawal hutang dengan baik, adalah mereka yang seperti ini …

Contoh, segelintir daripada kita, mereka beli apartment berharga RM 100,000. Mereka meminjam dengan bank RM 90,000, dengan kadar faedah setinggi 8%, dan RM 10,000 lagi telah dibayar sebagai downpayment. Apartment tersebut disewakan dan setiap bulan dapat untung bersih RM 150.

Setiap tahun mereka mendapat pendapatan tambahan sebanyak RM 1800 dan hutang apartment tersebut juga semakin berkurangan. Walaupun jumlah hutang yang dibuat adalah jauh lebih tinggi, iaitu RM 90,000, tetapi disebabkan mereka ini ada pengetahuan yang lebih sedikit mengenai pengurusan hutang, maka mereka tidak pening kepala untuk menggali lubang dan menutup lubang.

Anda bagaimana?

Karya asal di http://www.pakdi.my