Isnin, September 13, 2004

Fwd : Rintihan Subuh

Pada pagi itu,seperti mana pagi2 yang lain,aku
menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
" Assalamualaikum",seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam",sahutku.

Dan kami terus berpelukan,tanda rindu serta
kasih sayang.Kutanya khabar subuh,bagaimana
keadaanya mengembara dari satu tempay ke
satu tempat.

" Tadi...",kata Subuh dengan sayu,"...aku baru
saja melintasi satu tempat.Kucari tempat persinggahan,ku ketuk rumah2 yang sunyi,tapi
satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai
tetamu."

Dan airmata Subuh pun berlinangan. "Subuh,usah kau pedulikan mereka,bukankah aku menyambutmu dengan
penuh rasa kegembiraan?"Subuh mengangkat mukanya seolah2 teringat sesuatu.


"Oh ya,tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.Orang2nya sepertimu,menyambutku dengan penuh kesukaan,menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan.Hidangan yang
paling aku suka adalah buah Tahajjud,puas kucari
dibumi lain,tapi jarang kujumpa.Di situ aku
meratah buah Tahajjud dengan puas dengan
leka".Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu.Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh,aku tiada menanam pohon Al-Lail,jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai.Tapi aku ada roti Shiyam",cadangku pada Subuh.Subuh menolak dengan hormat."Roti itu ada tuan punya",kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?"rayuku pada Subuhu."Baiklah,ambilkan aku sedikit,serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan",pinta Subuh.Aku agak sugul,bagaimana harusku beritahu pada Subuh,yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang Berpanjangan?

Aku terkejut.Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.Dan aku berdetik didalam hati,adakah ini tanda kemarau akan berakhir?Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh,tetamu yang kusanjungi,dan kusuakan manisan yang dipintanya.Selesai menjamah kesemuanya,Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh...",seruku,"...mahukah kau tinggal selamanya denganku?Aku memerlukan teman dalam kesunyian.Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai subuh".Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan
terpenuhi."Aku perlu menziarahi ramai orang,dan
ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk
mengubati rindu mereka,sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh, "Subuh, Subuh",...seruku lagi bila melihat Subuh
bersiap untuk pergi,"Sudikah kau menziarahiku
lagi esok hari?"."InsyaAllah",jawab Subuh," ...bukankah aku kekasih yang kau
rindui?".Subuh berangkat dengan lambat tetapi
tetap.

"Assalamulaikum",seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam",jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh,yang
semaik laju dengan setiap langkah.Dan akhirnya
Subuh menghilang dari pandangan.

P/s......Apalah agaknya keluh kesah dari
Zohor,Asar,Magrib dan Isyak?