Isnin, Mac 28, 2005

petanda akhir zaman~

A'kum &slam sejahtera..Bulan Mac 2005 mempunyai maknanya yang tersendiri bagi umat Islam di Malaysia. Pada 18 Mac 2005, seorang badut wanita dari AS telah muncul dengan lawak yang jauh lebih lucu dan menggelikan hati dan isi perut dengan mengadakan bid’ah terbesar yang muncul buat pertama sekali dalam sejarah umat Islam semenjak Rasulullah S.A.W. menerima wahyu di gua Hira. Badut wanita tersebut telah mendirikan solat Jumaat dengan beliau sendiri menjadi imam dan khatib, ditambah lagi lucunya, para jamaahnya bercampur di antara lelaki dengan wanita, dengan kaum wanita yang pelbagai ragam (ada yang tidak menutup aurat pun) memenuhi saf hadapan.

Alasannya mudah, demi memuaskan nafsunya yang tidak boleh dibendung untuk menyama tarafkan lelaki dan wanita dalam persoalan ibadah yang selama ini dirosakkan oleh doktrin kejantanan Rasulullah S.A.W. sebagai seorang lelaki, para sahabat yang kebanyakannya lelaki yang anti wanita dan juga para ulama silam dan kontemporari yang kebanyakannya gila seks dan anti wanita! (menurut dakwaan mereka). Mudah sahaja...